♥♥♥my assets♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, July 3, 2012

kehidupan

tajuk berat la konon
padahalnye tahap buhsan
biasala hidup mencari sesuap nasi, terpaksa meninggalkan dan ditinggalkan
makanye kalau jiwang karat gini adalah kerana ditinggalkan la :p

meninggalkan dan ditinggalkan ku tetap bersama intan payung cinta hati ku yang sorang tu
walaupun hidupnye dipenuhi kata kata sayang untuk daddyyyyyy manjang!
"mummy tak bolley!mummy tak bolley
daddy fea, bukan daddy mummy,daddy fea"
itu adalah dialog melekat fea

tapi bila daddy away
"where daddy?hmm work, aeroplane fly, nanti daddy buy fea princess barbie k"
aduhai anak, semakin bijak :)
and mummy takut, terasa sangat cepat waktu berlalu
anak mummy dah big girl, terharu kan hati
anak yang dulunye benih cinta dalam rahim
keluar dengan hanya tangisan lapar
sekarang?mulut comel tu petah berbicara
tangan comel tu lincah bertindak
kaki comel tu bebas berlarian
10, 20 tahun lagi? oo ya Allah
30 tahun lagi?sempat ke mummy nak tengok fea membesar
sempat ke mummy nak mendidik fea dalam dunia mencabar sekarang
sempat ke mummy nak rasa kasih sayang fea
InsyaAllah,percaturan Allah, mana taukan sayang

disaat ni fikiran melayang pada mama
Alhamdulillah, sampai saat ni aku masih merasa kasih sayang mama
sampai sekarang masih boleh mencium tangan mama
sampai sekarang masih dihujani nasihat terindah mama
sampai sekarang masih dididik menjadi insan solehah
sampai sekarang masih diingatkan jalan salah benar

Alhamdulillah ya Allah
macam tu la hidup kan
nanti sampai masa, kita pun tua
anak2 membesar mencari haluan hidup sendiri
tapi sebagai ibu, selamanye ibu
kata ustaz don "kalau kita tersalah dalam mendidik anak,
anak membesar dengan mengabaikan kita, sebab kt penah buat dia ms dia kck gitu
jangan putus asa
ibu bapa ingat, ada satu lagi usaha kita yang nescaya Allah dengar rintihan kita
DOA
berdoalah ibu,berdoalah bapa
aku pun semat dalam diri, apa pun anak buat
kawal la emosi
jangan keluarkan kata kata yang tak sepatutnye
kata kata kita ni doa
dan mana kita tau, dengan kuasa Allah, anak2 boleh ingat kata2 yang kita pernah cakap kat dia
aku pun tak perfect, tapi tak salah kan,berusaha untuk menjadi ibu sempurna untuk zuriat ku
semoga ditabahkan hati, dikuatkan semangat, dan dipermudahkan urusan oleh Allah
Ameen.

fea on her 3rd birthday

mama & babah

Sunday, June 10, 2012

no idea!


hmm....macam tak de citer menarik
semua pun macam biasa lah

keje, rumah, fea, daddy pusing pusing itu je la

but ada sedikit perubahan la
after back to work
ada la kena buat adjustment here n there
terutamanya bab2 urusan rumah hihi

dua2 penat, banyak la onar kan
gue pulak pesen OCD
benda kecik kecik pun sakit mata mandang
nak tanak buat jugak la
mana yang ok dipandangan mata
biaq p la berselerak pun

lain lain macam biasa la
ha euro kembali daaa
what's your team?
me? hofkos la espana :p

menang kalah belakang kira
kena ada team :)






Wednesday, April 11, 2012

kota singa

woot woot im back!
aha, trip kota singa was awesome ;)

tapi niat dihati nak berdikari
apakan daya, daddy dikelilingi kawan2 yang sangat baik hati
so tak dapat la share experience bergerak besama public transport ;)

our trip :
labuan-kota kinabalu by ferry = kawan daddy sent us to ferry terminal, thanks johnson!
jesselton jetty, kota kinabalu = kawan daddy lagi amek n anta to epot, thanks komeng!
safely arrived @ epot senai = my dearest sista jemput! stay at her house for 1 nite before ke kota singa ;)
pekena bubur nasi sentosa dulu! my favourite ;)
terbaekk wok!hehehe
ok kenyang, balik, sleep hehehe

bangun pagi, happy :)
kawan daddy nak dtg amek @ 7.30am nak anta sampai singapore
car access S$20, nak masuk Resort World Sentosa S$6, parking S$3/hr or S$26/day
baik kawan daddy kan hehe

rate car charges before nak masuk Sentosa

kalau nak naik bas, pegi ICQ JB, cop pasport, p terminal B, cari bas TS8 Transtar direct JB-RWS, sampai CIQ SG turun bas check passport lg settlekan borang kastam n dah settle naik semula bas td
tambang RM5 nak balik dari RWS-JB pun bas sama, tambang S$5....hihi
itula info yang ku study untuk naik bas ;)

tapi dah ada orang nak anta, terimalah dengan senang hati :)
feeling feeling naik bas n mrt kat spore tinggal hangan hangan je la :p
dari rumah dah isi borang kastam, dah standby passport
drive thru je kat kastam, tak yah buang masa isi borang kat sana
if naik bas, n belom ada borang kastam, sila bawak pen ye kawan2, n cepat buat urusan kat imigresen if not bus tinggal :)

Q @ CIQ SG

ktorg bertolak dalam kul 8 lebih kot n around 10 kitaorg sampai depan hotel
ekceli dekat je dlm 30mins dah boleh sampai, klau traffic bad before msk woodlands, lama la sket
masuk sentosa kitaorang pusing pusing dulu
settle with kawan daddy, kitaorang pun p concierge counter collect package yang kitaorg beli
untuk package tu kitaorang amek from RWS
so if korang nak pilih tgk sini

before main entrance Resort World Sentosa

banyak jugak travel agent malaysia yang buat pakej uss
boleh stay jb n masuk uss, so pegi pagi balik malam
pakej biasanya inc dengan shuttle bus jb-uss-jb
kitaorang malas rushing macam tu, thats y decide stay sana je
so the choice is yours ;)

ours is Breakfast Like A Star S$528
the package includes 2D1N at Festive Hotel
(hotel ada 3 if book awal boleh pilih either this 2 jugak Michael Hotel/ Hard Rock Hotel)
n lagi kitaorang dapat 2 welcome drinks at lounge, 2 USS tickets, 2 Breakfast at Celebrity Cafe, 2 MEMA tickets n S$25 voucher
semua ni they will give us dalam envelope coz semuanya bertiket hehe
termasuklah welcome drink tu, semua bar code ticket jadi simpan elok elok :)

the hotel *untuk pegi uss, guna tunnel kat dalam


ni la tunnel tu *ku jalan tutup mata, banyak sangat godaan :p
tempat beradu kami :)

katil fea atas loteng :)

kitaorang amek pakej lambat jugak, 1 week before pergi
so banyak dah sold out
hotel pun tak boleh pilih
korang kalau nak pi, amek la awal2, tp if jadi macam kitaorg ni
no worries, sume hotel dalam pakej tu adalah best :)
cantik cantik n semua pun around there je, walking distance to uss

so dah settle bab hotel, kitaorg pun jalan la p uss
sampai je macam biasala first attraction globe ini


before uss entrance
pastu scan barcode ticket n start la pilih nak naik rides mana
we all purposely choose weekdays sebab tak nak sesak sesak
al maklum anak kecik kan
paling lama waitng time untuk rides adalah 59 mins
tak lah sampai sejam lebih
*tapi kitorang tak la beratur if dah tengok waiting time gitu hehehe

so untuk masuk uss one day non peak pass is S$68 n peak pass S$74 for adult
n universal express is S$30 if beli this 1 tak yah q dengan orang lain, fast track la kiranya

main la sampai puas dalam tu dari 10pg-7mlm


ada 7 parts...so bahagikan masa untuk p semua :)
makan minum jangan risau
senang je, tak de masalah
amek map uss n tempat makan n halal semua info ada dalam tu
surau je tak nampak

ni outside uss

kitaorg break at 3pm, kuar dari uss, p check in hotel, mandi, solat, salin baju, n around 5 pegi semula n sambung main
masa nak keluar kena cakap, so nnt dia akan cop invisible cop kat tgn kanan
then nak masuk balik nnt diorg scan tangan tu
sebab pass tu bar code dia boleh scan 1 time je

if sewa buggy like us, its S$10/day
so nak keluar masuk balik pun kena bagitau coz diaorg ada tulis nama belakang buggy tu
nanti dah masuk balik, kt tunjuk reference no, nanti dia bagi balik buggy kita tu
so senang kan


this is the buggy *celebrity cafe belakang tu la tempat breakfast inc in our package

After uss, Sentosa pun sangat best
kitaorang continue round sentosa after 7pm
senang, no worries, ada train dalam tu
Express Sentosa nama dia
its free n ada jugak shuttle bus :)

2006 i went there once, masa tu uss tak de, juz enjoy the sentosa
memang banyak beza la sekarang, banyak benda baru
memang teruja la, duit pun teruja jugak
semua benda kena bayar
n semua tempat kita nak masuk kena bayar
so no wonder la Sentosa Resort World itu sangat cantik terpelihara :)

nak beli tiket entrance mana2 park dlm sentosa ni

2nd Day we all pi Maritime Exhibition Museum & Aquarium
benda alah ni not complete yet - ampeh
Aquarium nye blom siap
so biasa biasa je la macam blaja sejarah je masuk sini :p
n pastu kitaorg p naik cable car n p area raffles, shopping sket sket at vivo city mall hihi
dalam MEMA

n malam tunggu my sista datang amek
so after shopping ktorg naik train balik uss
amek barang upss sebab dah check out hotel n sebab fea meragam nak kongkong
dia penat kot, so ktorg decide simpan beg dalam locker

ada 2 types, small & large

ni charge untuk large locker *coz kitaorg amek large

then after amek barang, kitaorang naik cab from uss - marina bay sands
kitaorg kena tunggu diaorg kat Marina Bay Sands Shoppe
ramai giler orang masuk casino
and semua branded boutique di dalam nya
maka kitaorang melepak je la kat luar

Hotel Marina Bay Sands?
wahhhhh sangat teruja tengok bangunan tu
nak naik atas pun kena cross the roads
so malas la coz ramai sangat orang sebab esok tu weekend

inilah marina bay sands hotel, atas tu blh naik, tapi tak tau la bape charge nye kan ;;)
this is the shopping mall

around 9, dekyu sampai maka ktorg pusing2 orchard roads n pegi mustafa
mustafa centre ni adalah tempat branded item yang murah
sekali tengok ala ala mydin la
tapi ini sahiih ketulenan nya
no worries
perfumenya murah
so apa lagi, angkat bakul la, beli for souvenir n for ourselves
ku amek 1 je la coz daddy baru belikan perfume
so i go for my fav eva, romance ;)

n at 1am kitaorang settle, n balik jb ;)
penatnye ya ampun....agenda seterusnya esok hari adalah JPO :p

selesai la operasi kota singa
Alhamdulillah, semuanya ok

thanks daddy!we luv u so much <3
tercapai pun hasrat yang disimpan sedari tahun lepas

oh actually uss adalah birthday prezent for fea :)
nanti fea nak pegi tengok minnie mouse....daddyyyyy....
mari menabung :)

 

Monday, March 26, 2012

hip hip hooray!

cuti cuti sudah sampai
akan meninggalkan ofis selama 2 weeks!
nyamannnnnnn

(*_*)

Sunday, March 18, 2012

nothing to shop ;)

Nothing to shop?
Hmmm... itu lah keadaan kami di pulau ini
Maka waktu petang di hujung minggu
aktiviti adalah pegi minum air kelapa
hehe... haih boleh la,asalkan keluar umah amek angin segar :)
nikmati lah pictures fea yang diambil oleh mummy fea yang buhsan duduk minum je
;)

jantung hati

si debab mummy yang dah nak mencecah 3 tahun!cepatnyeeee masa berlalu
:(


Monday, March 12, 2012

yeay dapat upah!

ini la upahnye ;)
hihi best best
last weekend,daddy p tournament paintball kat pj
ktorg tak ikut balik
daddy balik bagi upah sebab kena tinggal
jeng jeng jeng!
hoyeah!

Monday, March 5, 2012

opening year!

hiks mabuk seket! dah bulan 3 baru nak update opening year ;)
boleh la kan, still in 1st quarter :p

alkesah tahun baru 2012 ini bermula dengan gadget
1st daddy bought some entertainment di dalam rumah atau dalam bahasa mudah indoor ler kan
indoor ni i suke sebab senang
tak yah kuar, takyah godek godek cari track bottom
tak yah kombah kombah cari long sleeves
tak yah kalut kalut cari socks :)
dan apakah gadget itu?
Nintendo wii...sat i upload pic k
senang.on tv, on wii pasang la segala kelengkapan tu kat tangan, n ready get set go!
hiks! best best, berpeluh peluh
game yang paling suke tennis
nanti balik kl lagi nak p cari wii mat
boleh dancing dancing...mengempis kan perut yang sedikit maju kedepan ni :p

this is the controller


the player ;)

2nd....ipong kesayangan daddy buat hal
aritu balik kl dah p repair, abes rm380
after 2 weeks kat pulau ni dia rosak lagi
daddy pun menggodek la
n the problem is known issue for ipong 3gs itu
tak sempat la daddy nak maintain kan pong itu smpai ipong 5
dengan kebengangan, di survey survey he decided to take this

*its galaxy note,besau amat,puas ati tengok screen tu*

and 3rd is for mummy?
aha dengan kejelesan tengok camera fon daddy
n sebab camera blackberry sedia ada tidak dapat memenuhi kepuasan mummy
maka di goda goda daddy untuk belikan blackberry baru
*daddy offer fon lain yakni ipong 4 i dont like!
setakat ini kecintaan pada blackberry belum luntur hiks gediks!
maka dengan sedikit muka manis tersengih sengih terkulat kulat
goda la beli bold 9900 aka bold 4
sekalinye masa gi tengok sekali lagi, fon itu telah yilek di kepulauan ini
redha lah hati mungkin bukanlah rezeki mummy :(

aha!tidak berakhir disitu
rupanya rancangan di atur, dikirim oleh my love kepada insan
maka dapat jugaklah blackberry baru untuk mummy setelah sebuah kapal di udara mendarat di pulau ini!
surprise ;)
*suke suke

*aha my new baby,its bold 4 ;)*
thanks to daddy!
mmuax!



Sunday, March 4, 2012

Bz la sangat?

Hihihi
Bz la jugak sket sket

kalender tahun baru bermula dengan jadual baru
weekdays memang sangat mengejar masa

pagi kuar umah 7.20am
kalau lambat,sila la saksikan saya berlari lari anak
untuk ke tingkat 1
memanjat tangga dengan cemerlang
tersarung heels 1.5 inci
hanya semata mata nak punch card
Phewwww!
first time ok!keje kena punch card
memang hari hari I nebes u!
gile btul :p
selama ni access card je
yang tak tertayang pun time stamp
yang tak penah kesah cepat ke lambat ke lek lek je
Hah!sekarang hamekkk mendapat ;)
Ok itu rutin harian di pagi hari

'Ala labuan kecik bukan jauh mana'
mesti korang ckp gitu kan?
Alkesah!kat sini ada culture drive umpama 'makan angin' regardless time
memang sakit jiwa amat,terkedek kedek
Ngeh!petang pun sama la
jem yang tak sepatutnye

ok settle weekdays!
kat ofis tak yah la cite,buat kje la kan
klau tak,idok le namanye pegi berkoje ye dok?mmuehehe

weekend?sabtu menguruskan segala kain2
bersihkan umah,pegi pasar (kalau rajin) - sila jgn percaya ini sebagai rutin dihujung minggu ye!hiks :)
ahad bercanda ria,pegi la mana mana asalkan dapat bawak fea amek udara

hah last saturday p bengkel wanita
ni adalah kes terjebak sebab organizer nye adalah besfren mama :p
seb baik speaker sume best2!berbaloi baloi
walaupun sememangnye free
orang lain byr rm150 tau nk masuk bengkel ni ;)
next episode I story mory kay!
DaaA nite!nantok amat

sebelum itu,saksikan lah mukaku didalam bengkel itu, *tak de kje*


Saturday, February 18, 2012

aha! ;)

ohhoho last entry time birthday gue rupanye
uish bersawang dah rumah ni
biasa la datang angin malas, bz, buat2 bz, memang la tak terupdate

anyway, semalam bday my other half!
this time bikin sweet surprise sket lor!
send him flowers (*_*)


my favourite flowers on his special day ;)

and memang menjadi hoyeah!
lain2 macam biasa la dinner
tu je la

oh prezent, simple je
sunglass, gantikan yang hilang tu
b00by sedih tamau beli2 yang baru
duk pakai yg lama before yang hilang tu
so itu je la yang ku bagi hehe
tak wrap pun, dengan paper bag kdai optic tu, itu la ku persembahkan di pagi hari hiks!

ok tu je, sehingga bertemu lagi di lain siaran :p