♥♥♥my assets♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, August 29, 2011

Monday, August 22, 2011

chicken-pox

Oh!pity u my baby girl
semoga Allah cepat baikkan anak mummy,Ameen.

she's ok,tak meragam,tak demam
juz red dot tu je la yang berleluasa and few dah membesar
so keje mummy apply je calamine lotion sekerap mungkin

And for mummy & daddy yang tak penah kena virus ni
dengan semangatnye p amek vaccination tadi
punye la mahal vaccine chicken pox
Rm150/person,memang la ktorg swipe je ing tu
tapi terfikir la jugak untuk orang kurang mampu, or kena pada timing2 yang menuntut komitmen kewangan yang tinggi
maka,untuk kwn2 yang tak de medical card, masa p amek vaccine anak kat gomen tu
mintak la utk kt skali as parents

Vaccine ni pun mcm biasa la
Possibility utk kena pun ada
juz weaken the virus

For fea
If after 5 days, still ada red dot baru tumbuh, kena p clinic balik coz doc tkt ada infection
kesian nanti fea nak travel

A week to recover or at least 80%
Be strong lil' princess!


Semoga Allah melindungi kami sekeluarga,Ameen.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, August 20, 2011

chicken pox & fea

fea kena chicken pox
still early stage
hope fea cepat baik
weekend depan dah la nak travel ni
cepat baik ye anak mummy, shian anak mummy

Friday, August 19, 2011

Yummy crab!

Daddy banje iftar dinner
untuk anak2 buah dia kat ofis
ktorg berenam dengan 6kg ketam
1kg udang and sekor ikan
Huiyoh melantak tak hengat :)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, August 17, 2011

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. Bahkan hampir di seluruh negeri-negeri Islam, pemerintahan setempat secara rutin melaksanakan peringatan tersebut setiap tahun, yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

'Al-Quran' bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al-Quran mukjizat akhir zaman' atau 'al-Quran yang mempunyai mukjizat'. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'alaq:1-5)

Sempena hari cuti nuzul al quran, marilah kita sama2 mengaji,bacalah walaupun sehelai cuma.

-sumber-
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

zakat jangan lupa ;)

Jangan tunggu last minute untuk melangsaikan kewajipan ok?
Hehehe


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, August 14, 2011

rumah baru

Aha!amek mood sket
Nak raya ni kan,kami tahun ni raya sakan
yo yo je!

kami dapat umah sewa baru
lama jugak la mencari
cari untuk dibeli,untuk disewa sume full,siap naik ofis developer bagai la,nk beli umah punye pasal,tp tu la,rezeki allah blom nak bg time tu,so cari dan cari

requirement kami senang je
daddy: umah tu baru,baru tu dlm 3-8 thn la
so tak de la problem byk sgt,piping ke wiring ke, so tak la pening kejap kang rosak,kejap kang bocor
mummy: umah setingkat,sebab senang nak monitor fea,nak kemas umah
rezeki bulan ramadhan,dapat la apa yg kami impikan
memang Allah nak bagi la,semua urusan senang,tuan umah baik
melayu islam,umah cantik,setakat selama berurusan pun baik
ktorg main sms je pasal deal nk sewa,first time je call
tapi baik abg tu,layan je
so semalam settle,sign agreement,byr deposit,macam biasa la,procedure biasa penyewaan

sakit sket nak penuhkan umah la
coz currently umah fully furnished
so smlm after settlekan urusan byrn,pegi la usha esbok,dapur,katil,sofa,dining furniture
Uiyohh banyaknye nak kena beli
nak balik raya lagi ni
so pelan pelan la
go slow,beli yang penting dulu,nnt baru topup sket2
seb baik katil fea,wardrobe dah ada
poning poning
tapi excited nak shoping, daddy pun syok je
:)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, August 12, 2011

Fikir-fikirkan lah

#selingan dulu; barang saya dah sampai atlast setelah 13 hari menunggu#dah tak excited.titik.

this is the new entry, fikir menggunakan akal, jangan emosi ok,i found this from sumone:


13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT   (tiada edit walau sikit)

Salam A'laik. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 

Tuesday, August 9, 2011

kesakitan & kesetiaan

saya ada masalah
saya orangnye setia
termasuk jugaklah dalam urusan jual beli

saya cuba sebaik mungkin percaya pada dia
tapi dikhianati!
saya menunggu sudah lebih 1 minggu
dan lebih menyakitkan perasaan s
barang belian itu adalah untuk hadiah suami saya

kalau tak boleh tepati jangan berjanji
jangan memberi harapan
munafik!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, August 7, 2011

hati terusik

macam macam la dalam hati ni
happy melompat,sedih terduduk
sayu termenung
itulah dia, kehidupan

bila jauh,nak dekat,bila dekat,nak pegi jauh jauh
konon,berdikari
hmm tapi hakikat nye?
disitu jugak lah hati ni terikat
kan kan

apa lagi kalau bukan rumahku
rumah yang didalamnya ada mamaku
haih,home...where the heart is
missing u mom!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, August 5, 2011

4th anniversary

Thanks Allah for giving us a special love to share!
Alhamdulillah sejak menyelami hati budi sampai la ke saat ini,dia adalah dia
memang since i knew him he showed me his true colors
warna warni pelangi tu sama
makanye alhamdulillah, ku tak berapa terlibat dengan kejutan budaya selepas kawen
just in big family,yes
mana parents nye,adik badik nye,sepupu sepapat mak cik pak cik nye
so slowly la nak faham
between two of us,juz macam biasa
sikit sikit tu ada la kan
bohong nau klau semua perfect sama
masa bercinta,idok le dia korek idung kentut depan aku kan
sekarang klau dah rasa bijih penuh,dikoreknye jugak
kalau sakit perut di lepaskan jugak angin tu
jadinye timbang balik tolak tarik
redha aje le,laki ko dah kot kan
hihihi :p

apa pun bersyukur ya Allah
dikurniakan kepadaku suami yang prihatin dan penyayang
ayah yang mengambil berat dan ringan tulang
tiada apalah yang hendak ku pohon lagi
melainkan kekalkan lah kasih sayang antara kami
permudahkan lah urusan rumah tangga kami
damaikan lah hubungan suami isteri antara kami
kasihanilah kami ya Allah
sesungguhnya hanya kepadamu lah tempat aku memohon simpati dan pertolongan
sesungguhnya hanya engkaulah yang maha mengasihi dan mengasihani
Ameen.

buat sahabat yang mendoakan kesejahteraan hubungan kami
terima kasih sangat sangat
semoga kita sama sama bahagia sampai ke syurga
ameen.

ha hehehe as always
hadiah saya adalah sejambak carnation
my all time favourite

yang bestnye kali ni
fea pulak yang excited
daddy surprised kan
letak dalam car kat seat depan

nak letak fea je dia dah 'woooowwwwww'
n dia senyum senyum tengok carnation tu
dia sukeee
bila mummy letak kat seat belakang dia cakap 'tuuu tuuu'
tandanya nak bunga kat depan
siap kiss lagi
alahai very the girly girl anak mummy ni

n yesterday we had special iftar at grand dorsett hotel
maknanye mummy semalam gantung kuali ehehe
kembong perut melantak tak hengat ;)

tenkiu daddy,luv ya sooo much!mmuacksssss

Monday, August 1, 2011

ramadhan mubarak

alhamdulillah
dapat sambut ramadhan lagi tahun ni
macam tahun leoas jugak, still in labuan
but tahun lepas 2weeks je pose kat sini
pastu balik kl coz daddy pegi houston
tahun ni, daddy tak pegi mana mana kot setakat tika dan saat ini
so ktorg punye tiket balik raya is on 27th august
uwaaaa lambat lagi!
rindu gile kat mama
semalam bape kali dah cengeng, nanges igt mama

haih inilah pengorbanan seorang anak bila sudah menjadi ibu dan isteri :(
banyak sangat yang dirindukan
sahur,berbuka n terawih bersama
nanti balik pun sehari je sempat dengan mama coz thn ni raya klate
sob sob sob
nanges lagi!

sabar sabar
mama kata banyakkan zikir,baca quran,solat sunat
Ya Allah, berikanlah ibuku kesihatan yang baik
supaya Ramadhan ini dapat dia menunaikan niatnya untuk beribadah kepadamu sebanyak mungkin
limpahkan lah rahmat Mu terhadap kami, Ameen

buat kawan kawan, selamat menjalani ibadah puasa!
jom kumpul pahala banyak banyak
InsyaAllah

a href="http://www.mylivesignature.com" target="_blank">order="0" style="border: 0 !important; background: transparent;" />