♥♥♥my assets♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, May 30, 2010

sanggul tinggi ke arab ke

sanggul?apakah?
haha sebab tengah lapar, teringat mee sanggul kat umah mama :D
ni contoh sanggul tinggi



alkesah...mcm ni, sebab tengok pic tudung yang cantik
tapi tapi
trend skarang kan
ada sanggul terjojol tinggi kat blkg
penah la dapat few email pasal hukum sanggul arab ni

banyak fahaman ekceli
ohh bukan orang biasa
ustaz maksud saya

ok
jom kita tengok dari hadis
ingat, amat tak boleh AGAK, MUNGKIN, atau KOT dalam mentafsir hadis
sebab hadis diturunkan berkait rapat dengan yang sebelomnye
so klau nak judge, kena baca sampai habis
tanyalah pada yang sepatutnye
bukan ape kan
klau salah tafsir
nauzubillah

back to the topic
ni saya jumpa masa guna en google

Daripada Abdullah bin ‘Ayyasy bin ‘Abbas Al-Qityani, telah berkata bapaku, aku(bapa ‘Ayyasy) telah mendengar ‘Isa bin Hilal As-Shodafi dan dan Abu Abd Rahman bin Abdullah Al-Khathmi bin Yazid Al-Hubuli, berkata mereka berdua, kami mendengar Abdullah b Amru berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : Akan datang pada akhir zaman daripada umatku peremuan yang bertelanjang tanpa berpakaian. Sanggul mereka diangkat tinggi seperti bonggol unta. Kutuklah mereka sesungguhnya mereka golongan terkutuk.

dan ada pertanyaan apa hukumnya memakai sanggul tinggi

Jawapan dari Ustaz Nor Amin


Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas.

Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya.

Kenapa disanggulkan rambut tersebut?
Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya.
Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari )


sharing is caring
♥♥♥TEPUK DADA TANYA IMAN ♥♥♥

Saturday, May 29, 2010

lagenda budak setan



vavava macam sangat best cite ni kan
rasanye gile baca novel ahadiat akshah ni time form 1 form 2 kot
haha tapi ngelat
tak beli pun, pinjam je
sebab?bukan la gile sangat novel
just sumtime nak baca sumthing
asik study je kan
selit menyelit la hiburan jiwa sket
chewahhh macam rajin nau je :D

ha back to the movie version
rasa best kan
dengan my fav actress nye hehe
lisa surihani yeay!

tak sempat kot nak gi tengok
sebab gue sudah di labuan dong sih

nggak apa2...beli saja dvd nya :D
masih bisa nonton
hihihi

tapi tapi uwaaaaaa
jeles nye..nak gi tengok jugak sob sob

Wednesday, May 26, 2010

facebook

hehehe glemer kan facebook ni
rasanye aura dia mmg la
A+++ Bintang kena dapat 5 :D
meresap ke seluruh sanubari semua orang

frenster mmg kalah la, kena tinggal 18 tiang :D
twitter pun tak menang jugak
tapi yang satu ni
huiyoo berhantu betul

apahal pulak cakap pasal ni kan
alkesahnye
saya terpikir
kat situ kan orang2 tukar status kan
what's on your mind?
chewahh
pastu mcm2 la kan kita dapat baca

yang rasa kurang senang saya nak baca
bila mana orang yang letak status tu mcm buat2
maksud nye macam create sumthing yang konon nak attract orang komen la
kadang macam status nye terlalu berat
lek ar...hagak2 la kan
ni smpai status tiga tanda seru
haku yang baca ni pun rasa mcm
ui hangen gile orang ni
tak pun over nye
lek lek la wei ;)

tak perlu la smpai satu dunia nak tau kan
facebook ni dah macam report book pulak
kot ye pun syok sangat nak hapdet
berpada la kan *sambil mengingatkan diri*

tu la tu
kadang2 saya tersenyum baca
macam2 kerenah
ada tu kadang mcm hangen kat status orang lain
pastu ada lak pesennye cam ni *bosan!!! stupid!!!
hehe lawak
ada lak yang kalau boleh report segala hal
*aku la ni di suatu ketika dulu*
tak salah berkongsi
tapi sket2 cukup kan ;)

ekceli tak do la den kesah
cuma macam terfikir
kenapa semua hal nak tulis kat situ
pastu ada lak buat2 tulis panjang lebar
tapi tak de kena mengena pun ngan dia
jadinye
what's on your mind?
if its really on ur mind pun
susun la ayat yang enak dibaca
so mesej sampai
tanpa orang lain pun tak la rasa mcm annoying je :D
ini tak, tulis benda yang ....???
kompius laa

apa apa pun guna la dengan berhemah
jangan la sebab status kat situ
membuatkan orang boleh judge kita

eh eh emo la orang ni
eh eh suke kutuk orang la dia ni
eh eh ....banyak la boleh buat orang fikir pasal kita kan
jadinye guna la dengan berhemah
tak salah pun nak letak apa sekalipun
sbb kita nak share kan
tapi ingat NAWAITU kita
ALLAH knows ;)

oh pastu ada pulak..suke aku la wall aku, hak aku
yes, memang hak masing2
tapi biarlah persepsi orang pada kita tu positif
sebab tak semua frens kita kat situ yg btul2 kenal kita
ada yang juz kenal sbb pnah satu skolah
ada yang kenal sbb ber forum
ada yang kenal sebab kawan atas kawan
nak ke orang yang tak kenal kita
jadi "kenal" kita
kenal yang cantik tak pe
ni yang buruk
hmm :(

so bila nak buh status tu
beringat ler
tak de la suruh buh hadis panjang lebar
cukup la sekadar biasa2 je kan
nak share sumthing interesting?
letak la kat notes
then tag

tag pun satu hal
oh org yang kena tag marah?
dah join social network
apahal nak marah
tak suke kena tag?
open mana yang kena tag
remove tag
settle
*benda senang jangan susah susah kan*

ingat, maybe ada sumthing yg frens kita nk tunjuk

dats y tag kita
kita pun satu hari maybe guna cara yg sama
tak yah la hangen tak tentu hal
lek wei ;)
kita sama2 boleh baca
lagi syok...

and if yang men tag
kalau frens u dah remove
tak payah la nak ada hard feelings la small heart la heart shrink shrunk la
take it easy babe
i believe they removed the tags coz dia dah tengok, dah baca, n dah alert
pasal message yang u nak sampaikan
*smile*

so apa pun
hmm berpada pada la hendaknye kan ;)
ini cuma apa yang saya rasa okey

itu hal status...nnt nak tulis hal *comments lak hihi
observe gitu ;)


Monday, May 24, 2010

wasatiah dan saya ;)

wasatiah?
Pengertian wasatiah ialah keseimbangan dan kesepaduan dalam kehidupan bagi dunia dan akhirat mengikut petunjuk Allah S.W.T.

kenapa saya tiba tiba cakap pasal ni?
sebab saya kadang terrr emosi...suke suki je nak apa yang saya nak...tapi pabila aku sedar diri, siapalah aku ini..hehe jadi kak siti lija kejap
ye la kan...dunia skrg, mcm mcm benda menarik tertarik
saya ni memang kategori gediks santai hihi suke je comel situ, comel sini
last last terguda dan beli

tapi tapi tapi
yang ni saya tak beli lagi
sebab?
mahal tak mampu
haih:(
sedih wooo
klau saya keje dah lama saya beli dan beli dan beli lagi
tapi bila baca artikel pasal wasatiah
astaghfirullahalazim
saya bertafakur sejenak
tak pe
tak pe
blom masanye
blom smpai di tahap terdesak untuk memilikinya
SABAR ye...ingat...WASATIAH ;)

Saturday, May 22, 2010

TAG SIS EJA

1) Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Hmm dari saat itu dia bukanlah member saya...ntah petualang mana ntah sesat ;(

2) 6 orang di hati anda?

satu : mama saya
dua : b00by saya
tiga : cinta hati sofea airis amani
empat : family saya
lima : kawan susah senang saya
enam : orang keliling saya

3) Anda rasa anda comel?
owhh...hihihik sejak saya berambut baru...saya rasa saya sangat comelzz...boleh gitu ;)


4) Single or taken?
single mingle jingle? owh no no no :D


5) Blog yang anda suka?
untuk tika & saat ini blog handbag yang saya masih blom mampu miliki...cuci mata je pun tak pe ;)


6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?
hofkos occay..very the clean & tidy ;)


7) Lagu terakhir yang anda dengar?
"kau masih kucintai...sungguh dari awal dulu hingga hari ini"

auwww momantik nyaa..yezza ringtone call from b00by...kesahnye lepas dihadiahkan empon yang ini, trus b00by masukkan lagu tersebut utk ringtone dia" ;)

8) Last text message?
"b dah tdo" owh b00by ku lagi message almaklum isteri tercinta dirumah ibunda, suami tersayang di kepulauan

9). Last phone call?
b00by call tadi..bermesra an di talipon selama 42 minits hihihi

10) Hari terakhir anda menangis?
hmm ari dapat tudung syria yang mengecewakan :(

11) List lima color favorite anda?
satu : MERAH aummm
dua : BROWN elegant
tiga : PUTIS suci
empat : INTAM class
lima : PINK comel

12) Orang terakhir anda ber-YM?
my besfren : kung

13) Game paling anda suka?
last game main..sudoku..malas dah main game :D

14) Adakah anda peminat MCR?
 Apakah?MCR? MMCR tau  la ;)

15) Apa perasaan anda jawab tag ni?
natural hihihi

16) Anda rasa tag ini best?
banyak nau soklan nye :D

Tag lagi 10 orang
ooomangaiiii

1. sab busuk
2. kak lalili
3. cik bedah
4. hmmm sape lagi....derang dah tanak blogging :D
5. ima
6. y
7. i
8. l
9. e
10. k

:D

Tuesday, May 18, 2010

kenapakah

kenapakah dalam dunia ni ada je orang orang jahat
tak boleh ke duk diam diam
jangan kacau orang
huh tensi gue


Monday, May 17, 2010

nenek ni ma & dinner



setelah melalui 1 2 hari yang menggusarkan
hehe now dah selamat balik kl
ohh saya ada sedikit perkara yang perlu di settlekan

malam sabtu
ada reunion x-TI
lama sangat dah tak jumpa
since abes skolah
smpai la skrg
unless my BFF, ktorg sll jumpa
mana yang ada kat kl la
kojue, along n lodlod paling jarang jarang ke temu
yang lain mmg ngam ho
sll berkesempatan ngedate

sronok
masing2 dah ada baby
ada yang dah 2
menanti yang ke 3, menanti yang ke 2
yang blom lagi pun ada
yang anak dara pun ada
hehe

enjoy la
fea pun asyik jalan-jalan je
joget2..enjoy the musics
gud gal lil princess!♥♥♥


tapi tapi
haih
fea aka daddy's lil girl
tdo malam mencari daddy
asyik tepuk2 bantal sebelah
selalu klau buat camtu
daddy ada,
fea tepuk muka daddy
now daddy tak de
kesian jugak kat dia

asyik tengok pintu
kot daddy masuk
sbb klau daddy ada memang macam tu

mummy pulak lupa sangat nak amek baju daddy 1
baju bersih ada la kat umah sini
tp bukan ada bau daddy pun



hope sehari 2 je la camtu
kalau tak, kita fly kat daddy la jawabnye ;)

fea tgh joget ;)


Thursday, May 13, 2010

last day---<@ ada♥aya


huuhuhu hottez in town la nowadays kan
ari ni dah last episode
ohhh hoho so gentleman adam, comelz maya, n adorable amani
uhh i got my amani too :p

adaMaya
ekceli mmg suke sangat nama ni dari dulu
if korang nak tau
chewahhh maam pakar cerita je saya kan

siyes siyes
kalau korang nak tau
mmg adore sangat nama adamaya ni long time ago
ni actually nama saloon Sh. Shawati
ingat tak dia?
yup TV3 tu

now pun saloon tu ada lagi
cuma dah tukar tempat
suke sangat
dulu la

now kuar pulak citer adamaya ni
ohhh lagi suke

sangat cute la life story ni
bagus, tak over sangat eventho diaorang acting as hubby & wifey
background family pun menunjukkan mereka sangat baik
cool
tak cepat melatah
n banyak sangat unsur2 keperibadian yang mulia
n yang tak mulia tu
apa lagi sebagai pengajaran kan?

lisa memang sangat comel dengan watak dia
sein is very gentleman, dah tau wife ngedate pun still bertenang
uhh if orang lain
makan terjang le kau dani ;)

amani?@ real name dia mia sarah nasuha
very complete
cute, adorable sangat sangat & sangat
i adore sangat wambot nye yang lebat
*dengan berdoa didalam hati semoga wambot fea tumbuh lebat camtu*
suara?wowee husky..cuteee kan small girl  dengan voice camtu



so hari ni last episode
my opinion....ending mcm sangat menarik
happy ending perhaps ;)

sangat suke
♥♥♥
lisa lisa lisa

haih..lambat la pulak 6.30 ;p


Wednesday, May 12, 2010

jiwangs karatz version (*_*)

LAGU BEST!!!

hihi tak de kena mengena pun
saje jiwangs karatzzz

layan la lagu ni...sedih pilu jiwa raga

hihihi

SILA CLICK----.
MENYESAL

semula ku tak yakin


kau lakukan ini padaku

meski di hati merasa

kau berubah saat kau mengenal dia

reff:

bila cinta tak lagi untukku

bila hati tak lagi padaku

mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu

dan bila dia bahagia dirimu

aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal

mengapa ku kenalkan dia padamu



Tuesday, May 11, 2010

Money is NOT Everything!

Everything needs money BUT
Money is NOT Everything kan

kenapa saya cakap macam tu
sebab akhir2 ni saya sedikit geram dengan orang yang tag saya
LOGIN FACEBOOK DAPAT DUIT



Yup!suatu masa dulu saya click la kat page tu
SEBAB saya nak tengok apa yang membuatkan login facebook dapat duit
baik hati betul orang yang nak bagi duit tu :D

SO saya pun join la
mintak derang bagitau cmana sistem dia
so berpusu2 la inbox saya masuk dengan info2 tersebut

OHH ni kekdahnye macam tolong orang tipu orang la
sorry ye!
saya baca kat ustaz zaharuddin kata
IF PELABURAN INTERNET sebegini mesti lari jauh2

ye la mana tak nye
masuk facebook cari orang sapa nak melabur duit
oh pastu bagi akaun no
pastu org tu pun bagi duit
apsal dia kena kasik kita duit?
melabur?
kita laburkan ke duit dia?
kita berNIAGA ke dengan dia?
ada akad jual beli?

pastu kita pulak ajar dia buat macam kita
pastu dia pun buat
pastu dia pulak ajar kawan dia
ohhh brape banyak network haram yang nak kena tanggung dosa weiiii

yang pasti
sebagai orang Islam
saya tak nampak pun program ni HALAL
kot la jual pisang goreng
sah2 la kita bagi dia pisang dia bagi kita duit
ni kita bagi ape?dia nak kena kasik kita duit?
ilmu? kot la jadik cikgu skolah bagi ilmu
ni ilmu pembohong

Nasib baik, saya tak sempat terjebak benda bukan2
dah la diri banyak kekurangan
lagi nak menambahkan dosa

jadi
fikir fikir kan lah
nak ke kita amek duit orang
nak ke kita makan duit haram
nauzubillah

orang yang tag saya tu dah la perempuan islam
nak je saya bagitau dia
jangan lah senang2 terpedaya dengan dalil2 merapu
yang hanya nak suruh umat Islam terpesong terpedaya hanya sebab DUIT

kata ustaz
Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.

Monday, May 10, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY !!!


hmm this is my 2nd year being a mother
rasa mcm cepat sangat masa berlalu
fea pun dah nmpk big gal

ibu saya?mama?
hmm mama pun tahun ni dah 54thn
kalau nak dikira diingat dikenang
mmg tak terbalas jasa mama
banyaaaaakkkk sangat yang dikorbankan dipertaruhkan
untuk kami adik badik

banyak yang masih segar dlm ingatan saya
macam mana mama sayang saya
dari saya kecik
smpai la saya dah jadi mummy
mama still sayang saya
mcam dulu
dia masih buat saya mcm anak kecik dia yang sentiasa perlu dibimbing
Alhamdulillah Ya ALLAH
memberikan seorang ibu yang penyayang, baik hati
seperti mama saya
sangat bertuah sangat bernasib baik
mcm2 kan prangai mak2 kat luar tu yg kita tengok
tak dinafikan mmg ramai yang penyayang & bertanggung jawab
tapi banyak jugak yang ntahapapantah
stress je pukul anak
sakit ati je rotan anak
marah je denda anak
tak salah nak marah nak pukul
tapi pada2 la
jangan la sampai macam kena rasuk kan
abes anak tu berbirat2
sakit wooo

nauzubillah...semoga saya tidak tergolong dalam golongan ibu2 seperti itu

dis year derang saje2 la celebrate moms day kat Ilham,PD
semua pegi
huhuhu saya & family tak dapat join
sronok je derang stay sana 1 mlm
BBQ mandi manda
msti bestttt
jeles jeles

Hmm apo nak buek

apa2 pun happy mother's day mama
every day i luv u
;)
kakak doakan cepat2 mama dapat gi buat haji
itu adalah impian mama
kalau ikut turn tabung haji mmg lambat lagi
sebab tu mama pegi umrah dulu
harap sangat mama dpat tempat pegi dengan cepat


Tuesday, May 4, 2010

keciwa...ya!itu saya

sangat sangat sangat keciwa...
kesahnye saya beli tudung syria lycra online
MAAF!
bukan niat saya nak jatuh kan or spedo mana mana pihak
cuma saya tak puas hati
dengan harga yang dibayar dan apa yang saya dapat

jangan salah faham okey!
sebagai manusia biasa yang ada rasa
sebagai pelanggan yang mengeluarkan wang
saya sedih

excited gile tggu tudung sampai
sebab kaler yang dicari dah jumpa
TAPI
Allah hu Akbar
saya sedih dengan kualiti nya
jahitan nye, material kain nye
sume OUT!

sedih smpai menitik air mata ni
emo giler cik jan
hmm cukup la
semoga ini dijadikan pengajaran
:(

Saturday, May 1, 2010

MAY!

hahaha sebulan sekali update blog..
bz bangat je gayanye
hihi
ok la firstly
saya n fea dah kat labuan
ikut daddy balik
secondly
fea dah setahun++
fea dah boleh jalan
fea dah faham sket2 mummy cakap
fea dah pandai geget mummy
fea dah pandai merajuk *ha jangan tak tau si debab mrajuk*
fea dah tumbuh rambut la...hihihi
fea dah tumbuh gigi jugak...satu je..tecik tonet je..kat bawah ;)
fea dah pandai jerit...kuat....bingit tinge mummy
banyak jugak la yang fea dah tu hihi

tapi tapi tapi fea blom celebrate bday pun...
dah belated dah macam tak bape best
plan nak buat bbq esok tapi tapi tapi
arini daddy work,tool nak kena anta kat rig by monday
so daddy as alwiz..bzssss

lagi...hmmm lain lain macam biasa la
normal life
kadang2 happy kadang2 sedih kadang2 teruja kadang2 tersisih
kadang2 rasa best kadang2 rasa tak best

yang penting...hidup kena beringat
buat baik berpada2
buat jahat jangan sekali
orang berbudi,kita berbahasa
orang memberi,kita merasa

jangan buat derk je okay!
menghargai & dihargai...AMAN rasanye..

apa ko melalut ni labu...hihi LAYANZZZ

jom tengok princess fea main nak
nak nak nak

taraaaaaaaaa