♥♥♥my assets♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, September 27, 2009

bestie


semalam gi raya umah aai
dapat la jumpa kawan baik saya masa kat utm
dah 2 tahun tak jumpe
last kitaorang berkumpul berempat masa saya kawen
upps masa saya kawen kami masih berlima
tapi ramadhan tahun lepas
Allah lebih sayangkan boi
arwah meninggal 1 Ramadhan 1429H
so semalam, since am n anem turun kl
kitaorang plan nak jumpa
berkumpul kat rumah aai
sebab minah tu memboyot 7bulan
tak larat nak jalan
saya berjaya drive ngan fea sampai USJ
masa balik, kat jln kuching fea nanges
tak de tempat nak stop
so trus pecut naik jalan tun razak
n stop kat shell dekat IB
bagi susu 20 minit
jalan lagi
sampai area pasar keramat fea nanges lagi
masa tu dah kul 7
memang masa tido fea
tu yang meragam tu
saya stop
angkat fea
nak duk lama kat situ tak berani
then dengan tekad nye dan berbekalkan ayat kursi

saya drive dengan mendudukkan fea atas riba saya
sebelah pegang fea, sebelah stereng
Alhamdulillah..selamat sampai
kesimpulannya
lain kali keluar kena balik awal..sebelum waktu tido fea ;)

Thursday, September 24, 2009

labuan-kl...hari raya

perjalanan raya sofea airis amani ;)
Pagi raya kat labuan..tengok tu, anak buah daddy sume keje, pkai coverall dtg makan raya
truly blue blood slavy :D


Petang raya kat labuan epot, flight delay..40mins...kul 6pm baru takeoff

fea gud girl..tdo je..tapi, dia poo poo la:D
saya berjaya menyalin diaper fea dlm belon itu, dah la cloudy ari tu...seb baik fea behave je masa saya mencuci kastad di montot nye..hai la anak mummy ;)

Alhamdulillah, dah sampai klia..

ERL pulak..
we're heading to klsentral....
macam2 kenderaan fea naik hari ni kan mummy..
ini la kot fea nak cakap klau boleh cakap kan :D


yeay!beraya @nekma's...
(*_*)
happy
thanks aunty ina for the baju kurung
ngam ngam ngan fea

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri buat semua
semoga syawal kali ini membawa seribu kebahagiaan
di hari baik bulan baik ini
saya dan keluarga
memohon ampun dan maaf
di atas segala kesilapan dan ketelanjuran sikap
selama ini
harap dimaafkan
akhir kata
Selamat Hari Raya
Maaf zahir & batin

Wednesday, September 16, 2009

pre raya dan harapan

pre raya?
hehe saje je...
ari tu ada majlis berbuka company b0oby
then b0oby sebok nak pkai baju melayu
so ktorg pun buat la macam pre raya..sedondon
pakai brown sume
ingat dah overdress
seb baik
ramai yang pkai gitu
so ok la ;)
harapan?
hmm insyaAllah, klau ada rezeki
dapat la apa yang kami harapkan
kalau itu yang terbaik untuk kami
insyaAllah dapat
mungkin tahun depan
mungkin jugak rezeki fea
mungkin perubahan itu baik
mungkin perubahan itu membahagiakan
mungkin perubahan itu memuaskan
mungkin perubahan itu rezeki yang dijanjikan Allah kepada kami
MUNGKIN...

Friday, September 11, 2009

lima bulan sofea

pejam celik pejam celik
september 10
my cinta hati dah genap 5 bulan
Alhamdulillah
sofea airis amani sehat walafiat
sekarang dah 8.2kg/66 cm
kak ina ckp, lagi 2kg dah sama berat ngan kakak sarah
kakak sarah dah 2 taon
camana tuh :D

Monday, September 7, 2009

turun lagi

haih...bila nak naik ni
apakah?
ni la berat badan saya
bukan la saya tak bersyukur sebab dah slim balik
tapi terlalu slim la pulak
macam dah sakit je ghopenye
montot pun penyek
muka pun tecik jadinye
brape berat saya?
hurmm 49kg
ha kan saya dah cakap
tecik kan?
dengan ketinggian saya, mmg la penyek
yang best nye masa saya form 5 pun berat saya 52kg tau
siap pnah samapi 54kg
huhu masa ni mantop ;)
makan banyak sket?
memang la..bukan banyak sket saya makan
memang banyak banyak
b0oby pun terkujat tgk saya makan
betul ni
saya makan banyak
anak saya yang comel tembam tembun tu la amek ni
(*_*)
fea, pulang balik berat mummy ;p

Wednesday, September 2, 2009

sofea.vid

cubaan fea mencabut stokin tak berjaya ;)